Perlembagaan

March 23rd, 2017

St.John Ambulans Malaysia

SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG

  1. PENDAFTARAN U014/2011/SMJKPCPP

 

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

 

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan

Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11,

Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini

dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) St. John Ambulans Malaysia SMJK Perempuan China Pulau Pinang yang selepas ini disebut sebagai ”persatuan” sahaja.

 

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT

 

  1. Nama Persatuan : Divisyen N3 & NC1, St. John Ambulans Malaysia,

SMJK Perempuan China Pulau Pinang.

  1. Alamat: SMJK Perempuan China Pulau Pinang,

No. 2, Jalan Gottlieb,

10350 Pulau Pinang.

 

 

PERATURAN 2 MATLAMAT

 

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara

seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

 

 

PERATURAN 3 OBJEKTIF

 

3.1       Supaya ahli dapat menganggotai Pasukan Pakaian Seragam (St. John Ambulans Malaysia) dengan lebih terpimpin dalam menimba ilmu Pertolongaan Cemas dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.

 

3.2       Ahli-ahli St.John Ambulans Malaysia akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan yang diikutiinya.

 

 

PERATURAN 4 KEAHLIAN

 

4.1       Keahlian dibuka kepada semua murid sekolah ini.

 

4.2       Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan

dan menjelaskan yuran pendaftaran.

 

4.3       Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan

dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan

persatuan ini.

 

4.4       Semua ahli baru diwajibkan menyertai Kursus Pertolongan Cemas dan lulus

peperiksaan kursus ini. Ahli-ahli yang gagal berbuat demikian akan dianggap

sebagai ahli percubaan dan tidak layak mendapat peluang dan kebajikan

yang dinikmati oleh seseorang ahli yang telah lulus peperiksaan tersebut.

 

4.5       Keahlian boleh ditarik balik jika ahli jawatankuasa persatuan dan Ketua Guru

Penasihat mendapati ahli berkenaan tidak sesuai menjadi ahli persatuan.

 

PERATURAN 5 GURU PENASIHAT

 

5.1       Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini. Pengetua Sekolah atau

wakilnya berhak melantik Ketua Guru Penasihat dan Guru Penasihat yang lain

wajib membantu Ketua Guru Penasihat menjalankan tugas yang berkaitan

dengan persatuan ini.

 

5.2       Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan

pelaksanaan sesuatu aktiviti. Guru Penasihat berhak meminda, menunda dan

membatalkan sesuatu aktiviti setelah berbincang dengan Ketua Guru Penasihat.

 

5.3       Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti

dijalankan. Akan tetapi, jika aktiviti tidak dianjurkan oleh persatuan ini, ahli-ahli

yang ingin menyertai aktiviti wajib mendapat kebenaran daripada Guru

Penasihat dan Guru Penasihat tidak dipertanggungjawabkan untuk bersama

dengan ahli-ahli.

 

 

PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA

 

6.1       Ketua Guru Penasihat mempunyai kuasa untuk memilih, melantik, menggantung

jawatan, melucutkan jawatan dan membubarkan barisan ahli jawatankuasa

setelah berbincang dengan Guru Penasihat yang lain.

 

6.2       Ahli Jawatankuasa pada tahun semasa dibenarkan untuk mencalonkan ahli-ahli

menganggotai barisan ahli jawatankuasa pada tahun berikutnya tetapi perlu

mendapat kelulusan Ketua Guru Penasihat.

 

6.3       Ahli Jawatankuasa pada tahun semasa dibenarkan mencalonkan diri sendiri

ataupun ahli-ahli lain untuk menganggotai barisan ahli jawatankuasa pada tahun

berikutnya. Akan tetapi, ahli percubaan tidak layak dilantik sebagai ahli

jawatankuasa.

 

6.3       Perlantikan barisan ahli jawatankuasa menjadi sah apabila diumumkan semasa

Mesyuarat Agung Tahunan oleh Ketua Guru Penasihat atau wakilnya. Tempoh

perlantikan adalah selama satu tahun.

 

6.4       Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh barisan jawatankuasa untuk

menguruskan sesuatu projek setelah berbincang dengan Ketua Guru Penasihat.

 

6.5       Perlantikan Ahli Jawatankuasa Kecil menjadi sah apabila diumumkan di papan

notis persatuan. Tempoh perlantikan tamat apabila projek tersebut selesai.

 

6.5       Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar

surat perletakan jawatan kepada Ketua Guru Penasihat.

 

6.6       Barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-

 

6.6.1    Pengerusi

6.6.2    Naib Pengerusi

6.6.3    Setiausaha

6.6.4    Penolong Setiausaha

6.6.5    Bendahari

6.6.6    Penolong Bendahari

6.6.7    Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)

 

PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

 

7.1       Pengerusi

 

7.1.1    Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas

kesempurnaan semua mesyuarat

 

7.1.2    Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang

diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

 

7.1.3    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari

masa ke semasa.

 

7.2       Naib Pengerusi

 

7.2.1    Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab

yang diberi.

 

7.2.2    Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

 

7.2.3    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari

masa ke semasa.

 

7.3 Setiausaha

 

7.3.1    Menguruskan hal-hal surat menyurat.

 

7.3.2    Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan .

 

7.3.3    Mencatat kehadiran ahli atau mewakilkan Ketua Kumpulan mengambil

kedatangan ahli.

 

7.3.4    Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

 

7.3.5    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari

masa ke semasa.

 

7.4 Penolong Setiausaha

 

7.4.1    Membantu Setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan

tanggungjawabnya.

 

7.4.2    Menjalankan tugas-tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.

 

7.4.3    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari

masa ke semasa.

 

7.5 Bendahari

 

7.5.1    Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan.

 

7.5.2    Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan

dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.

 

7.5.3    Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta

menandatanganinya.

 

7.5.4    Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam

mesyuarat ahli jawatankuasa.

 

7.5.6    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari

masa ke semasa.

 

7.6 Penolong Bendahari

 

7.6.1    Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.

 

7.6.2    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari

masa ke semasa.

 

7.7       Ahli Jawatankuasa

 

7.7.1    Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang

dilaksanakan.

 

7.7.2    Melaksanakan tugas portfolio yang dilantik dan mempengerusikan biro

sekiranya dilantik.

 

7.7.3    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari

masa ke semasa.

 

 

PERATURAN 8 KEWANGAN

 

8.1       Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan

semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 3.00 seorang

semester.

 

8.2       Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti yang diluluskan

Ketua Penasihat setelah berbincang dengan Pengetua Sekolah.

 

  • Untuk mengelolakan aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar, ahli-ahli boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

 

8.4       Semua pungutan dan penyimpanan perlu dimasukkan ke dalam akaun bank

yang dikendalikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum atau wakilnya.

 

8.5       Syarat pungutan, tatacara perbelanjaan dan belanjawan sesuatu projek perlu

dikemukakan kepada Ketua Guru Penasihat untuk diluluskan.

 

 

PERATURAN 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN

 

9.1       Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh

persatuan sepanjang tahun, kecuali aktiviti tambahan yang melibatkan ahli-ahli

tertentu sahaja.

 

9.2       Ahli yang gagal menghadiri aktiviti dikehendaki mengemukakan surat tunjuk sebab, sama ada surat tersebut adalah surat daripada ibu bapa atau surat dari persatuan yang lain, kepada Ketua Kumpulan masing-masing.

 

9.3      Barisan Ahli Jawatankuasa tidak dipertanggungjawabkan jika ahli mempunyai kehadiran yang lemah.

 

9.4       Penyertaan dalam aktiviti anjuran agensi luar perlu mendapat kelulusan

daripada Ketua Guru Penasihat manakala aktiviti anjuran Ibu Pejabat perlu

mendapat kelulusan daripada Pengetua Sekolah atau wakilnya.

 

 

PERATURAN 10 AKTIVITI

 

10.1     Barisan Ahli Jawatankuasa dikehendaki merancang aktiviti sepanjang tahun dan

mengemukakan kepada Ketua Guru Penasihat untuk diluluskan. Ketua Guru

Penasihat berhak meminda, menambah dan mengurangkan aktiviti tahunan setelah berbincang dengan Guru Penansihat yang lain.

 

10.2     Barisan Ahli Jawatankuasa bertanggungjawab melaksanakan aktiviti tahunan

yang dirancang.

 

10.3     Barisan Ahli Jawatankuasa juga boleh mengelolakan akiviti tambahan yang tidak

disenaraikan dalam akviiti sepanjang tahun. Namun aktiviti tambahan perlu

mendapat kelulusan Ketua Guru Penasihat dan penyertaan ahli-ahli tidak

diwajibkan.

 

10.4     Sebarang pindaan dan maklumat aktiviti akan diumumkan melalui papan notis.

Ahli-ahli bertanggungjawab untuk mendapatkan maklumat akitiviti.

 

 

PERATURAN 11 PERATURAN PERTUBUHAN

 

11.2     Barisan Ahli Jawatankuasa berhak mengubal dan menguatkuasakan Peraturan

Pertubuhan untuk memperkukuhkan disiplin ahli persatuan.

 

11.3     Penguatkuasaan dan pindaan terhadap Peraturan Pertubuhan perlu mendapat

persetujuan Ketua Guru Penasihat setelah berbincang dengan Pengetua

Sekolah atau wakilnya.

 

11.4     Peraturan Pertubuhan perlu diumumkan kepada pengetahuan ahli-ahli semasa

Mesyuarat Agung Tahunan atau dicetak dan diedarkan kepada ahli-ahli.

 

11.4     Semua ahli persatuan dikehendaki mematuhi Peraturan Pertubuhan. Ahli-ahli

yang melanggar Peraturan Pertubuhan akan dikenakan tindakan tatatertib.

 

 

PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN

 

12.1     Tindakan disiplin diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan

dan tidak mematuhi Peraturan Pertubuhan dan Perlembagaan yang ditetapkan.

 

12.2     Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

 

12.2.1 Amaran lisan

12.2.2 Amaran bertulis

 

12.3     Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat

rayuan kepada Ketua Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan

Ketua Guru Penasihat adalah muktamad.

 

 

PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN

 

13.1     Peraturan Am St. John Ambulans Malaysia (General Regulations for the St.

John Ambulance of Malaysia) dan Peraturan Sekolah adalah menjadi peraturan

asas kepada perlembagaan ini. Jika terdapat sebarang percanggahan, kedua-dua peraturan ini menjadi rujukan dan panduan utama.

 

13.2     Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

 

13.3     Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa,

Ketua Guru Penasihat, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

 

13.4     Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Ketua Guru Penasihat dan Ahli

Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya

jika perlu.

 

13.5     Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh

Ketua Guru Penasihat dan Pengetua Sekolah atau wakilnya.

 

 

PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN

 

14.1     Pengetua Sekolah diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati

melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

 

14.2     Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan mengikut Peraturan

sekolah dan Peraturan Am St. John Ambulans Malaysia.

 

 

PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN

 

15.1     Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti

yang dijalankan.

 

  • Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

 

 

 

 

……………………….                               ……………………. …..               ……….……………….

(NGOO XIAO WEI)                     (TEA XIN YUN)                           (GAN CHEE MENG)

Setiausaha                                   Pengerusi                                      Ketua Guru Penasihat

St.John Ambulans Malaysia        St.John Ambulans Malaysia         St.John Ambulans Malaysia

SMJK Perempuan China PP      SMJK Perempuan China PP        SMJK Perempuan China PP

 

 

Tarikh: ……………..                        Tarikh: ………………..                       Tarikh: ……………….

  • Comments(0)

Comments are closed.