Posts filed under 'Skop Tugas'

Skop Tugas

Pengerusi

  •  Bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran aktiviti dan memastikan arahan daripada penasihat program dapat dijalankan.
  • Memberi arahan yang tepat dan jelas kepada jawatan kuasa dalam melaksanakan tugas atau aktiviti.
  • Menjadi orang tengah dalam mengemukakan cadangan atau usul ahli kepada pihak yang berkenaan.
  • Bertanggung jawab menentukan hala tuju kejohanan.

Naib Pengerusi

  • Membantu pengarah dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti.
  • Memangku tugas pengarah semasa ketiadaannya.

Setiausaha/ Penolong Setiausaha

  • Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.
  • Mengumpul semua maklumat seperti merekodkan semua fail-fail untuk rujukan.
  • Bertanggungjawab untuk hadir setiap mesyuarat dalam perlaksanaan program.
  • Menguruskan urusan surat menyurat kepada pihak yang berkenaan.
  • Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang berkenaan.
  • Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan agenda mesyuarat
  • Menyediakan kertas kerja yang diperlukan oleh program.

Bendahari/Penolong bendahari

  • Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang pengurusan pentadbiran kewangan.
  • Menyedia dan menyimpan buku akaun untuk kejohanan.
  • Menerima dan menyimpan cek-cek dan wang tunai milik kejohanan.
  • Menyimpan semua resit-resit, baucar-baucar, buku rekod wang keluar masuk dan lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan kewangan.
  • Menjaga dan menguruskan harta benda bagi kejohanan dengan baik.
  • Menyediakan laporan wang masuk dan keluar setiap kali mesyuarat.
  • Memberi pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kewangan bagi perlaksanaan kejohanan.
  • Menandatangani cek-cek bersama pengarah atau setiausaha atau keduaduanya sekali.

Ahli Jawatankuasa

  • Membantu pengerusi merancang dan menyelaras aktiviti projek.
  •  Mempamerkan perancangan dan jadual tugasan 
  • Memastikan jadual tugasan dilaksanakan oleh ahli
  • Sentiasa mengemaskini maklumat dan bahan nota 
  • Sentiasa mengutamakan tugas akademik

Add comment July 2nd, 2017


Meta

September 2020
M T W T F S S
« Jun    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Categories

Pages


This site is protected by Comment SPAM Wiper.